Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11

BOOKMARK THIS PAGE   EMAIL WEBMASTER

 

Cina Buat Kenduri, Tapi Imam Duit Busuk Hati
Oleh Mat Sepai

 

JUNJUNG - BN yang dicengkam Umno akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula kerusi Parlimen Permatang Pauh. Selain daripada penipuan dalam pilihan raya lepas yang ternyata gagal di sini, kini mereka akan memperalatkan mahkamah pula.

DS Dr. Wan Azizah memaklumkan perkara itu, di majlis “kenduri durian” bersama masyarakat Cina anjuran Keadilan Cawangan Junjung, Kulim, Ahad lepas.

Petisyen yang dikemukakan oleh Imam Duit, menjadikan Pegawai Daerah SPT, SPR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai defendan yang akan dibicarakan pada 21 hingga 26 Jun di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Antara alasan yang dikemukakan Imam Duit ialah, mempertikaikan tindakan SPR yang tidak mengumumkan keputusan awal kiraan undi majoriti 449 yang dimenangi Azizah, kesahihan dalam kiraan semula undi, jumlah undi yang tidak “balance” antara kiraan pertama dan kedua, dan meminta kiraan semula undi kali ke-3 atau mengisytiharkan dirinya sebagai pemenang dengan membatalkan kemenangan Azizah.

Azizah turut memaklumkan, sehingga kini keputusan rasmi kiraan undi untuk setiap saluran mengundi Parlimen Permatang Pauh belum diterimanya Alasan yang diberi SPR, ialah keputusan itu SULIT dan menjadi hak milik SPR dan
tidak boleh diberikan kepada calon.

Sementara itu, En. Hon Yew Tai, Ketua Cawangan Keadilan Junjung memaklumkan, “kenduri durian,” yang dianjurkan oleh ahli-ahli cawangannya bertujuan meraikan kemenangan Azizah dalam pilihan raya lalu.

“Ahli cawangan ini lebih daripada 80 orang, hampir 90 % memiliki kebun durian. Kami seronok mahu buat kenduri untuk Azizah,” ujarnya.

Cina boleh buat kenduri, tapi Imam Duit busuk hati.

Takbir…..Lawan Tetap Lawan.

 

ENAK….DS Wan Azizah ketika menikmati keenakan durian Junjung

     
 

GAMBAR KENANGAN …..sebahagian ahli Keadilan Cawangan Junjung selepas kenduri durian

     

 

Hon Yew Tai- Ketua Cawangan Keadilan Junjung

 
  Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11