| BOOKMARK THIS PAGE |
|
|
|
|
||
|
Tabik ucapan Abdul Hadi Awang |
||
|
|
||
|
Setelah membaca teks ucapan
Abdul Hadi Awang di Rusila dalam lamanweb Harakah baru-baru ini,
fahamlah saya bahawa apa yang dilapor oleh media perdana mengenainya,
sebenarnya tersasar dan putar alam. Media perdana ingin memperlecehkan Abdul Hadi dengan memberikan gambaran dia seorang ‘sore loser’ yang tidak ada kerja lain kecuali meyalahkan pengundi BN. Sebaliknya bagi saya, Abdul Hadi menampakkan kematangan seorang pemimpin di mana dalam ucapan yang ringkas tetapi padat, beliau menjelaskan erti perjuangan, ukuran kejayaan atau kegagalan dalam berjuang, risiko, cubaan dan rintangan yang terpaksa dihadapi. Beliau juga mengingatkan kita kepada musibah yang menimpa Anwar Ibrahin yang masih belum terbela, mengaitkannya dengan perkembangan semasa di Iraq serta sejarah pimpinan diktator di Asia seperti Ferdinand Marcos dan Suharto serta meletakkan horizon perjuangan yang jauh melampaui tempoh pilihanraya sandiwara ala Malaysia. Kalau inilah isinya, sudah tentu ia datang dari seorang yang berjiwa besar dan luhur, bukan dari seorang yang pengecut ataupun politikus yang tikus! Sekiranya tidak bersetuju dengan saya, silalah baca, fikir dan buat keputusan sendiri dengan terus merujuk kepada sumber asal dan bukannya bergantung kepada media perdana untuk membuat kesimpulan. Begitu juga kepada rakan-rakan saya yang bukan Islam. Janganlah menilai Islam itu melalui apa yang disajikan oleh media perdana, media antarabangsa atau musuh-musuh Islam. Kajilah sendiri. Rujuk terus kepada sumber-sumber Islam yang asal dan tulen. Yang jelasnya, apa yang media perdana kita kejar bukanlah kebenaran. Cemerlang, Gemilang dan Terbilangkah praktis media seperti ini? Kalaupun Hadi menegur pengundi BN, ia bukanlah pengundi yang faham dan tetap tahu memilih BN kerana fahaman dan kesedaran politik mereka, tetapi mereka yang sanggup dibeli untuk dijadikan pengundi hantu tanpa memahami motif perasuah serta sepak terajang politik yg sebenar, jauh sekali isu-isu yang perlu ditangani di peringkat tempatan, nasional mahupun antarabangsa. Walaupun bukan ahli PAS, saya menitiskan air mata setelah selesai membaca ucapan Abdul Hadi itu. Ini menunjukkan yang hati saya tersentuh kerana sebelum itu saya cuma mengikuti apa yang dilapor oleh media perdana. Saya harap pendokong Barisan Alternatif (BA), badan bukan kerajaan (NGO) yang berwawasan dan mereka yang cintakan demokrasi, pilihanraya yang adil dan saksama serta kebebasan media tulen, akan terus merapatkan saf, mengkaji dan memperbaiki kelemahan di peringkat individu dan organisasi. Ada banyak pengajaran untuk dimanafaatkan dari apa yang telah berlaku bagi persediaan masa hadapan. Marhaen |
||
| Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11 | ||