Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11

BOOKMARK THIS PAGE   EMAIL WEBMASTER

 

Analisa: Patutlah Menang

 

Rujukan Berita Harian Selasa 23 March 2004, Keputusan Penuh Pilihanraya 2004)
 

Pengundi Berdaftar dengan SPR di Terengganu
Pengundi Biasa        : - 450,442
Pengundi Pos          : -     5,482
Jumlah Pengundi      :-  455,924
 

 
Jumlah Kiraan Undi PR 2004 di Terengganu
Jumlah Undi 2004 BN   :- 340,974
Jumlah Undi 2004 BA   :- 266,626
Jumlah Pengundi         :-  607,600

 
Perbezaan Jumlah Pengundi Berdaftar vs Jumlah Kiraan Undi Yang diPerolehi

607,600 (-) 455,924  = 151,676

Negeri manapaling ramai pengundi ( Lapuran SPR )

Selangor mempunyai bilangan pengundi terbesar diikuti oleh Johor,Perak,Sarawak,Sabah,Kedah,Kelantan,Pulau Pinang,Wilayah Persekutuan,Pahang,Terengganu,Negeri Sembilan,Melaka dan Perlis.

Terdapat hampir 1.5 juta pengundi di Selangor,Johor 1,249,007 orang dan Perak 1,170,351.

Berdasarkan Daftar Pemilih 2003, yang akan diguna pakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac ini, Selangor mempunyai 1,408,259 pemilih biasa dan 4,015 pemilih pos.

Menurut Statistik Pemilih Biasa dan Pos, yang disahkan oleh SPR pada 2 Mac lepas dan dikeluarkan Ahad, dari Johor 1,249,007 orang pemilih seramai 16,310 adalah pemilih pos.

Di Perak dari 1,170,351 orang seramai 1,137,923 pemilih biasa manakala 32,428 pemilih pos.

Putrajaya mempunyai jumlah pemilih yang paling kecil dengan hanya 5,079 termasuk 160 pemilih pos diikuti Wilayah Persekutuan Labuan dengan 22,006 pemilih iaitu 19,264 pemilih biasa dan 2,752 pemilih pos.

Negeri-negeri lain ialah Perlis dengan 10,9881 pemilih biasa dan 2,601 pemilih pos, Kedah (809,205/12,696), Kelantan (651,972/10,750), Terengganu (450,442/5,482), Pulau Pinang (66,4470/7,892), Pahang (555,323/14,803), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (641,102/29,818), Negeri Sembilan (420,177/9,609), Melaka (334,812/ 11,105), Sabah (755,217/13,726) dan Sarawak dengan 888,226 pemilih biasa dan 16,565 pemilih pos.

Pada pilihan raya umum kali ini, seramai 10,284,591 pemilih layak mengundi, termasuk 10,083,879 pemilih biasa dan 200,712 pemilih pos.

Anggota tentera merupakan pemilih pos yang terbanyak dengan jumlah 113,216 orang, diikuti polis (85,780).


Belanja nak adakan pilihanraya umum bukannya kecil.Kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kalau pilihanraya dewan undangan negeri Sabah tidak diadakan serentak dengan semenanjung lagi mahal.

Ikut ceritanya kena tambah lagi RM 10 juta.

Kalau buat sekali belanjanya RM117 juta.Ini pertambahan sebanyak RM 27 juta berbanding pilihanraya 1999 iaitu sebanyak 90 juta.

Tambahan ini pun bukan tak bersebab.Jumlah kerusi parlimen sudah bertambah 25 manakala 63 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Dalam pilihanraya kali ini seramai 219 orang akan dipilih bagi kerusi Parlimen dan 567 orang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di negara ini kecuali Dewan Undangan Negeri Sarawak

Beliau memberitahu demikian dalam sidang media di pejabatnya Khamis.

Sejumlah 10.3 juta pemilih layak mengundi sekiranya pilihan raya umum diadakan sebelum pertengahan April kerana SPR akan menggunakan senarai pemilih setakat pada 31 Dis, 2003.

Bagaimanapun, mereka mendaftar selepas 31 Dis, 2003 layak untuk mengundi sekiranya pilihan raya umum diadakan selepas pertengahan April kerana SPR akan menggunakan bahagian suku pertama senarai pemilih yang telah dikemaskini.

Wan Ahmad berkata akan terdapat 201,000 undi pos pada kali ini dengan 113,000 dari Angkatan Tentera, kira-kira 85,000 daripada anggota polis dan kira-kira 1,700 warga Malaysia di luar negara termasuk para diplomat dan pelajar.

Bagi kemudahan pengangkutan sebanyak 41 buah helikopter akan digunakan oleh SPR pada pilihan raya umum akan datang dengan 21 bagi kegunaan di Sarawak, 19 di Sabah, empat di Pahang dan tiga di Kelantan.

Sejumlah 170,000 pekerja pilihan raya akan terlibat dalam pilihan raya umum akan datang.

Semuanya sebanyak 7,500 pusat mengundi akan dibuka.

 

 

 
 
  Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11