| BOOKMARK THIS PAGE |
|
|
|
|
||
|
Ketua Bahagian dicabar: 4 orang bomoh Indon
'standby' |
||
|
|
||
|
Umno disemua peringkat kembali bergolak. Para pemegang
jawatan disemua peringkat baik cawangan,bahagian dan MT tidak duduk senang.
Masing-masing mencari jalan bagaimana mahu sekurang-kurangnya menyelamatkan
kedudukan sekarang atau mula mengorak langkah untuk naik pangkat.
Itu semua perkara biasa yang pasti berlaku didalam mana-mana pertubuhan politik lebih-lebih lagi Umno parti yang menjanjikan kesenangan dan kemewahan hidup. Soal prinsip dan matlamat perjuangan tidak penting asalkan dapat tempat itu sudah memadai. Perjuangan untuk agama,bangsa dan negara hanyalah penyedap cerita sahaja. Umno Bahagian Kuala Selangor yang tidak pernah tenteram semenjak diketuai oleh Encik Mohd Daud Tarihep dari 2001 lagi, bertambah huru hara. Walaupun Daud kini sudah menjadi Ahli Parlimen Kuala Selangor tetapi rata-rata pemimpin Umno diperingkat bahagian dan cawangan tidak menghormati kepimpinannya. Di dalam satu sesi perjumpaan dengan Ketua-ketua cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri baru-baru ini Daud merayu sakan supaya jawatan – jawatan penting diperingkat bahagian tidak ditandingi. Ertinya beliau meminta jawatan Ketua Penaja yang disandangnya sekarang disahkan oleh para perwakilan cawangan. Malangnya seruan Daud itu tidak diendahkan oleh sesiapa pun. YB Amiruddin Sutero Adun Jeram,YB Ustaz Sayuti Said Adun Bukit Melawati dan bekas pencabar Daud selaku Ketua Bahagian pada pemilihan 2001 Hj Jahaya Ibrahim dikatakan sudah bersiap sedia untuk mengganyang Daud. Daud yang sudah menggelabah tak tentu hala itu mengadakan satu lagi pertemuan. Kali ini dengan SU-SU cawangan.Didalam pertemuan tersebut Daud terus terang memberi amaran bahawa beliau akan mengambil tindakan terhadap golongan yang berkempen untuk menjatuhkannya. Menurut Daud kumpulan mana yang berkempen, apa tajuk yang diperbincangkan,tempat perbincangan dan senarai kehadiran serta siapa yang menjadi jurucakap semuanya telah sampai kepengetahuan beliau. “Segala-gala lengkap termasuk gambar sekali” tegas Daud untuk menakut-nakutkan SU-SU cawangan yang hadir pada perjumpaan yang dibuat di Kompleks Umno Bahagian Kuala Selangor baru-baru ini. Kebanyakan SU-SU cawangan yang sempat ditemui tidak merasakan apa-apa terhadap ugutan Daud itu.“ Kalau zaman Dato Abu Hassan dulu, Daud dan geng BAKAnya berkempen ikut suka membantai orang, apa salahnya kalau Daud pula sekarang dibantai orang, itulah hukum politik namanya” kata salah seorang SU cawangan yang sempat ditemui. Sementara itu seorang yang dikenal pasti sebagai kaki busuk yang paling hampir dengan Daud memberi amaran sesiapa sahaja yang berhasrat menentang Daud sebagai ketua bahagian tidak akan menang. Kaki busuk yang dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor itu berkata: “Lawanlah kami tak hairan, sampai masanya taulah nasib mereka. Dia orang tak tau Daud punya cable yang paling kuat dengan orang atas. Sekali tarik cable semuanya beres.” Disamping menjaja temberang konon Daud mempunyai hubungan kuat dengan orang atas (tak tau lah siapa orang atas tu, mungkin beruk, mungkin lotong dan monyet), kaki-kaki busuk yang berada disekeliling AP Kuala Selangor itu dikatakan sudah memanggil empat orang bomoh dari Indonesia untuk kerja-kerja menyihir (memukau) para perwakilan nanti. Sememangnya Daud dan bomoh tidak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu, ibarat dirinya dengan Aziefah Naib Ketua Puteri Umno Bahagian dan ibarat lebah dengan madu. Kesemua bomoh-bomoh import itu kini difahamkan sedang dilayan dengan layanan 1st class oleh Bendahari Umno Bahagian Kuala Selangor En Nadmilail Kassim. Peruntukan p/raya parlimen yang sengaja tidak dibelanjakan oleh Daud pada p/raya umum lepas diberitakan diguna untuk tujuan ini. Awas para pencabar Daud,kalau kerja-kerja jahat yang disalurkan melalui bomoh-bomoh import itu diizinkan oleh Allah swt keberkesannnya, mungkin ada diantara anda yang muntah darah sebelum sempat bertanding. Itu pun kalau diizinkan Allah,kalau tidak silap-silap Daud yang muntah darah terlebih dahulu, kalau tak muntah darah pun JAIS akan menghambatnya untuk mengetahui status hubungan dia dengan Aziefah yang kini sedang sarat mengandung. Benarkah Aziefah sudah diceraikan suaminya atau
benarkah Daud sudah mengahwini Aziefah di Narathiwat, Thailand…… |
||
| Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11 | ||