| BOOKMARK THIS PAGE |
|
|
|
|
||
|
Perompak balak
dilantik Yang Di Pertua Negeri Melaka |
||
|
|
||
|
Assalamualaikum Tuan Pengarang! Dolahov masih lembik seperti dulu atau sudah ganas macam hantu? Sudah 210 hari Dolahov Badawi menggantikan Mahathirov Pengkhianat Agama dan Bangsa Terulung sebagai PM namun tiada sedikit tanda yang boleh dijadikan pedoman bahawa suami Endon Mahmud itu akan dapat merealisasikan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang didalam pemerintahannya meski pun diberi peluang berbuat begitu untuk tempuh seratus tahun lagi. Itulah Dolahov yang sememangnya tidak punya bakat memimpin jika dibandingkan dengan 4 orang PM sebelum dia. Kalau nak dinisbahkan dengan DSAI pula umpama langit dengan bumi. Anwar ibarat Sang Rajawali manakala Dolahov paling tinggi pun standardnya ibarat pipit uban yang selalu mengisi tembolok dengan memakan (mencuri rasa) padi bendang yang sedang meranum, sekali ditarik 'orang-orang' oleh sang penjaga habis berterbangan kesemuanya. Dolah hanya pandai ngobrol (temberang) sahaja. Aneka retorika dijajanya sejak mula ditabal menjadi sang pengganti kepada Tun Mahathir Kutty. Bermula dari pembanterasan rasuah, keselamatan jalanraya, keperluan laporan benar dari segenap peringkat baik parti maupun kerajaan, meningkatkan prestasi dan kredibiliti perkhidmatan awam termasuk membetulkan kebejatan PDRM,mewujudkan warga bermentalikan 'kelas pertama', bla! bla! bla…… sampai kini semuanya habuk pun tarak. Kalaulah kegagalannya untuk merubah suasana negara daripada terus dihantui oleh 'puaka Mahathirisme' lantaran kebiulan otaknya, rakyat jelata tidaklah begitu memarahi Dolahov tetapi kesanggupannya untuk terus menyambung kezaliman Mahathirov menyiksa Anwar adalah suatu yang dosa tidak terampun dilakukan oleh cucu ulama tersohor itu. Itulah Dolahov yang lembik serba serbinya tetapi tetap keras dan busuk hati sebusuk hati bekas bosnya Mahathiov Laknat itu apabila berdepan dengan isu Anwar. Kerana menyambung kebusukan hati Mahathir itulah Dolahov tidak dapat berbuat apa-apa kebaikan untuk rakyat walaupun pemerintahannya sudah memasuki hari ke 210. Usahkan kebaikan buat rakyat bahkan untuk dirnya sendiri pun gagal dilakukannya,sebagai bukti sampai sekarang Dolahov dan Endon belum lagi menduduki Mahligai Perdana RM 200 Juta di Putrajaya. Puaka Tua Mahathir masih enggan berpindah. Walau apa pun ada juga 'kejayaan besar' yang telah dibuat oleh Dolahov. Nak tau apa? Pertama menjadikan anak jantannya Kamaluddinov menjadi jutawan segera sehingga tercatat sebagai 'Top Ten' Melayu terkaya di Malaysia. Mahathirov sendiri dikatakan terpaksa menunggu lebih satu dekad untuk menjadikan anak-anaknya sebagai jutawan, tetapi Dolahov ketika belum pun bergelar PM saham syarikat anaknya Scomi Sdn Bhd di BSKL melonjak lebih 1000 peratus. Bahana itu sekelip mata Kamaluddin mencebak keuntungan hampir RM 400 juta. Kedua, 'kejayaan gemilang' Dolahov memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk melaklukan penipuan besar-besaran di dalam p/raya umum kesebelas yang baru berlalu bagi memastikan Umno BN menang cemerlang. Tak payah ulas panjang lebar- semua orang termasuk jin dan syaitan dah tau cerite tu! Sekali lagi kata orang, sejahat-jahat Mahathirov pun tidaklah tergamak melakukan penipuan terang-terangan seperti itu. Ya! Betul jugak kata sesetengah orang bestari: “Kadangkala pengganti kepada penguasa jahat itu, lebih jahat daripada penguasa sebelumnya.” Perompak balak menjadi YDP Melaka yang baru Sebaik-baik saja TS Khalilov Yaakub SUA Umno dan BN juga selaku bekas menteri Penerangan dilantik sebagai Yang Di Pertua (Gabenor) Negeri Melaka yang baru menggantikan Tun Syed Ahmad Shahabuddin berkuat kuasa pada 4 Jun ini, barulah maksud Dolahov bahawa disamping kesungguhan usaha memerangi rasuah kerajaan juga akan mengisytiharkan sama 'kes – kes yang dikategorikan sebagai bukan rasuah,' dapat difahami. Maknanya kes Khalilov yang dilaporkan oleh Dato Fauzi Abd Rahman bekas Adun Beserah kepada pihak polis dan MT Umno beberapa tahun lalu yang mendakwa Khaliovl telah menghabiskan (merompak) 'kuota pemberian balak' sehingga tahun 2004 bernilai diantara RM 300 juta – RM 1.5 billion. Khalilov sepatutnya hanya boleh meluluskan 'pemberian balak' sehingga tahun 1999 sahaja. Kelulusan sehingga 2004 bukanlah di bawah bidang kuasanya. Dia telah dilantik menjadi Menteri Penerangan pada tahun 1999 dan tempatnya sebagai MB Pahang sebelum itu diambil alih oleh Adnanov Yaakub. Justeru itu, tuan-tuan dan puan-puan terutamenys ahli-ahli Umno yang bersimpati dengan Fauzi Rahman janganlah nak bermimpi bahawe kes balak tu akan di siasat oleh BPR atau pun MT Umno sendiri, sebab esok atau pun lusa Dolahov Badawi melalui Menteri di JPM TS Nazeriov Aziz atau TS Radhiov (Recycle) Sheikh Ahmad akan membuat deklarasi bahawa kes Khalilov itu tidak kene mengena dengan rasuah. Full stop! Seronoknya Khalilov ye! Untuk tempuh sekurang-kurangnye sepenggal (empat tahun) menjadi YDP Melaka dia akan kebal daripada sebarang dakwaan. Katakanlah jawatannya itu disambung sampai empat penggal – 16 tahun. Umurnya sekarang 66 dicampur 16 bererti 82 tahun. Kalau panjang umur mungkin sampai ke situ,kalau pendek setakat tujuh puluhan sahaja maka matilah dia sewaktu menjawat jawatan YDP dan kematiannya itu nanti pasti mendapat penghormatan setaraf raja dan sultan. Ketika itu selamatlah Khalil daripada buruan BPR dan mahkamah dunia tetapi apakah dia akan selamat daripada azab kubur dan akhirat? Ali Rustam KM tentu mengalu-alukan kehadiran Khalil sebagai YDP Melaka,setidak-tidaknya boleh Ali belajar daripada Khalil tektik dan teknik untuk membaham harta rakyat tanpa takut akan didakwa di mahkamah dunia. Majlis Raja-Raja Melayu sewajarnya tidak mengizinkan
perasuah atau bekas-bekas perompak harta rakyat seperti Khalilov Yaakubitu
untuk duduk bermesyuarat bersama mereka ( DYM Raja-raja Melayu)
membincangkan kepentingan agama dan bangsa walaupun sekadar setahun sekali!
|
||
| Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11 | ||