Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11

BOOKMARK THIS PAGE   EMAIL WEBMASTER

 

Perubahan Masyarakat Dalam Perspektif Islam
Oleh Ummu Solehah Abdullah

 

Perubahan Masyarakat: Islah dan Taghyir

Tatkala umat Islam masih jernih pemikirannya dan sentiasa disandarkan pada pemahaman yang benar dalam Al Quran dan As Sunnah maka umat dapat secara terang menjelaskan bagaimana method mengubah masyarakat. Method apa yang dipakai? Pada situasi apa method tersebut memang seharusnya dilakukan?

Method perubahan dalam masyarakat ada dua, iaitu islah (reformasi) dan taghyir (perubahan mendasar)

Taghyir adalah perubahan mendasar yang mengubah sendi-sendi dasar masyarakat dan negara, yakni pemahaman-pemahaman (mafahim) yang dominan di dalam masyarakat, tolok ukur-tolok ukur (maqayis) yang dipergunakan, mahupun keyakinan-keyakinan (qanaat) yang dianutnya. Sedangkan perubahan islahi adalah perbaikan-perbaikan yang justeru menguatkan sistem dan tetap mengukuhkan sendi-sendi dasar tersebut.

Bagi agen-agen perubahan berideaologi Islam, perubahan islahi akan dia lakukan dengan amar makruf nahi munkar terhadap para penguasa (ulil amri) yang memerintah negara yang sudah berlandaskan pada syariat Islam namun dalam implementasi hukum dan undang-undangnya ada kesalahan-kesalahan. Dalam masyarakat seperti ini, proses perubahan yang dilakukan hanya bersifat menutupi kekurangan yang ada, bukan menggantikannya secara total asasnya, kerana asasnya tidak salah.

Namun, terhadap realiti sekarang yang rosak di negara-negara Islam sebagai akibat terkongkong oleh sistem sekular dan idea-idea Barat yang rosak lagi sesat yang sengaja dihembuskan dan dipropagandakan secara besar-besaran oleh para penguasa kafir atau para kaki tangan penjajah kafir Barat, yang telah menjadikan tatanan negara terlepas dari akidah dan syariah Islam, maka perubahan mendasar (taghyir) menjadi keharusan yang tak boleh ditawar lagi. Maka bangkitnya umat Islam dengan azas Islam sekaligus membuang semua pemikiran, idea, konsep selain Islam yang akan dapat terlaksana dengan melenyapkan sistem kufur dan menegakkan Khilafah yang menerapkan hukum yang sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah, menyatukan umat Islam dan negari-negara Islam dengan kepemimpinan seorang khalifah di bawah panji La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah, dan mengembangkan risalah Islam ke seluruh dunia merupakan target perubahan yang dilakukan.

Kunci-Kunci Penting Taghyir dan Usaha Mewujudkannya

Taghyir akan dapat terlaksana dengan baik jika mengikuti method (thariqah) Rasul. Sebab, Rasulullah saw adalah teladan yang baik, yang seluruh tindakannya wajib diikuti, apalagi dalam konteks perubahan, Beliau saw telah terbukti berhasil melakukan perubahan (taghyir) dengan gilang gemilang. Allah Swt berfirman yang bererti:

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian.(QS al-Ahzab [33]: 21)

Katakanlah, “Jika kalian benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” (QS Ali Imran [3]: 31)

Masih banyak lagi ayat lain yang menunjukkan wajibnya mengikuti perjalanan Rasul, menerima tasyri‘nya, dan menjadikan beliau sebagai suri teladan.

Jika kita mengelaborasi nash-nash yang ada maka akan kita temui kunci-kunci dakwah Rasul dalam melaksanakan aktiviti taghyir, iaitu;

  1. kaderisasi yang matang melalui tatsqif murakazzah (pembinaan intensif) mahupun tarsqif jama‘î (pembinaan umum);
  2. melakukan aktiviti ash-shira‘ al-fikri(pergulatan pemikiran) dan al-kifah as-siyasi (perjuangan politik);
  3. aktiviti thalab an-nushrah (mencari dukungan) dari ahlul quwwah (orang-orang atau kelompok yang mempunyai kekuatan yang nyata) bagi dakwah Islam.

Kunci pertama, iaitu usaha kaderisasi melalui tasqif murakkaz dan tasqif jama‘i. Tasqif murakkaz dapat dilakukan melalui kontak langsung dengan anggota masyarakat serta menyampaikan pemahaman, konsep dan pemikiran Islam secara menyeluruh. Pembinaannya diatur secara intensif dalam halaqah-halaqah sehingga kader menyatu dengan idea-idea dan hukum-hukum Islam. Selanjutnya, Islam dijadikan sebagai pedoman, kepemimpinan berfikir dan ideaologinya. Dari sini, akan terbentuklah kader-kader yang mempunyai keperibadian Islam (memiliki pola fikir [aqliyyah] dan pola jiwa [nafsiyyah] islami. Mereka selanjutnya bergerak mengembangkan dakwah Islam ke tengah-tengah umat. Sedangkan tatsqif jama‘i dapat dilakukan melalui pengajian-pengajian umum atau ceramah-ceramah di masjid-masjid atau di forum-forum, gedung-gedung dan tempat-tempat umum; juga melalui media massa, buku-buku dan selebaran-selebaran untuk melahirkan kesedaran umat secara umum sekaligus berinteraksi dengan masyarakat. Semua itu dilakukan dalam rangka mengembangkan dan memperbanyak pendukung, serta melahirkan keperibadian Islam di kalangan para pengikut hingga mereka mampu mengembangkan dakwah Islam sekaligus mengharungi medan kehidupan dengan pergolakan pemikiran dan perjuangan politik.

Kondisi di atas tampak pada aktiviti Rasul pada awal dakwahnya. Beliau berdakwah melalui individu dan menyampaikan kepada orang-orang (yang ada di Makkah dan sekitarnya) apa yang telah disampaikan Allah kepadanya. Orang-orang yang sudah mengimaninya lalu disatukan dengan kelompok (pengikut Rasul) atas dasar Islam secara sembunyi-sembunyi. Rasulullah saw berusaha mengajarkan Islam kepada setiap orang baru dan membacakan kepadanya apa saja yang telah diturunkan Allah sehingga mereka berpola hidup secara Islami. Beliau bertemu dengan mereka secara rahsia dan membina/mendidik (mereka) secara rahsia pula di tempat-tempat yang tersembunyi. Selain itu, mereka melaksanakan ibadah secara sembunyi-sembunyi. Sesudah itu, penyebaran Islam makin meluas dan menjadi buah bibir masyarakat (Makkah) dan akhirnya secara beransur-ansur mereka masuk ke dalam Islam.

Kunci kedua, iaitu aktiviti pergolakan pemikiran dan perjuangan politik. Hal ini ditempuh dengan cara berinteraksi dengan masyarakat secara langsung dan berterusan. Tujuannya adalah menyampaikan Islam kepada umat dan mendorong mereka untuk mengembangkan Islam serta membentuk kesedaran dan pendapat masyarakat atas dasar idea-idea dan hukum-hukum Islam. Dengan begitu, mereka diharapkan menjadikan Islam sebagai pemikiran mereka yang akan mendorong mereka untuk mewujudkannya dalam kehidupan.

Pergolakan pemikiran dilakukan dalam rangka menentang kepercayaan/ideaologi, aturan dan pemikiran-pemikiran kufur; menentang segala bentuk akidah yang rosak, pemikiran yang keliru serta persepsi yang salah dan tersesat. Caranya adalah dengan mengungkapkan kepalsuan, kekeliruan dan pertentangannya dengan Islam; sekaligus membersihkan umat dari segala bentuk pengaruh dan bekas-bekasnya. Sedangkan perjuangan politik dilakukan dalam rangka menghadapi makar negara-negara kafir imperialis yang menguasai negara-negara Islam; menghadapi segala bentuk penjajahan, baik berupa pemikiran, politik, ekonomi, mahupun militer; mengungkapkan taktik dan strategi persekongkolan negara-negara kafir untuk membebaskan umat dari kekuasaan dan pengaruhnya. Perjuangan politik juga dilakukan dengan cara menentang secara terus-menerus para penguasa di negara-negara Islam, mengungkapkan kejahatan mereka, mengadakan nasihat dan kritik buat mereka, sekaligus berusaha mengubah tingkah laku mereka setiap kali mereka memperkosa dan menghilangkan hak-hak umat, tidak melaksanakan kewajipannya terhadap umat, melalaikan salah satu urusan umat atau setiap kali mereka menyalahi hukum-hukum Islam.

Kondisi di atas tampak dalam perjuangan Rasul tatkala diperintah oleh Allah menyampaikan risalahnya secara terang-terangan. Beliau mulai menyampaikan dakwahnya kepada kelompok-kelompok dan individu-individu. Beliau menentang orang-orang Quraisy melawan tuhan-tuhan mereka, akidah dan pemikiran mereka; mengungkapkan kepalsuan, kerosakan dan kesalahannya. Rasul kemudian menyeru orang-orang Quraisy di Bukit Shafa dan menyampaikan bahawa sesungguhnya beliau adalah seorang nabi yang diutus oleh Allah, Tuhan pencipta alam semesta ini. Beliau juga meminta agar mereka semua beriman kepada Allah dan RasulNya serta tidak menyekutukanNya dengan yang lain.

Beliau menyerang dan mencela setiap akidah dan pemikiran kufur yang ada pada saat itu, sedangkan ayat Al Quran masih turun secara beransur-ansur. Ayat Al Quran tersebut turun dan menyerang apa saja yang dilakukan orang-orang Quraisy seperti perbuatan memakan riba, membunuh anak-anak perempuan, mengurangi timbangan dan melakukan perzinaan. Seiring dengan itu, ayat-ayat Al Quran turun mengecam para pemimpin dan tokoh-tokoh Quraisy, mencapnya sebagai orang yang bodoh, termasuk nenek moyang mereka dan mengungkapkan persekongkolan yang mereka rencanakan untuk menentang Rasul dan sahabat-sahabatnya.

Kunci ketiga, iaitu mengusahakan dukungan dari ahlul quwwah (orang-orang atau kelompok yang mempunyai kekuatan yang nyata). Dukungan bagi dakwah adalah keniscayaan yang pasti. Sebab, tanpa dukungan, dakwah akan menemui hambatan-hambatan dan deraan yang menyakitkan dari penghalang yang ada, baik individual, kelompok atau bahkan negara. Dukungan dari ahlul quwwah ini diharapkan menjadi benteng kukuh serta pemangkin bagi keberlangsungan dakwah. Secara sunnatullah, kebatilan tidak akan rela melihat kebenaran tumbuh subur, apalagi pada kondisi kebatilan mempunyai kekuatan dan kekuasaan. Dalam kondisi demikian, tentu kebatilan akan menggunakan segala macam cara untuk melawan kebenaran (Islam). Di sinilah pentingnya nushrah (pertolongan) dari ahlul quwwah.

Lobi-lobi yang dilakukan oleh Rasul tatkala musim haji dengan kabilah-kabilah yang datang ke Makkah adalah usaha Rasul untuk memperolehi dukungan dari ahlul quwwah (pemilik kekuatan yang nyata) untuk melindungi dakwah Islam; termasuk di dalamnya tatkala Rasul mendapatkan perlindungan dari kabilahnya, Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib tatkala kaum kafir Quraisy gencar melakukan penyiksaan, propaganda dan pemboikotan terhadap dakwah Islam dan para pengembangnya. Dari merekalah dakwah Islam kemudian mendapat jaminan keselamatan.

Tatkala kunci-kunci tagyir ini dilaksanakan secara sempurna maka proses perubahan total masyarakat akan terjadi. Masyarakat yang dulunya jahiliah (tidak menerapkan aturan-aturan Allah) akan berubah menjadi masyarakat yang islami, iaitu masyarakat yang dari pemikiran, aturan dan perasaannya sentiasa berlandaskan pada aturan-aturan Allah semata-mata serta sentiasa menundukkan hawa nafsu dan kehendaknya pada syariat Allah. Itulah yang terjadi di Negara Madinah. Di sana, Rasulullah saw berhasil mengubah masyarakat jahiliah menjadi masyarakat yang berkeperibadian Islam berlandaskan syariat Islam.

Faktor-faktor Belum Berhasilnya Taghyir

Ada anggapan bahawa taghyir iaitu proses perubahan masyarakat secara menyeluruh adalah utopis. Mereka yang beranggapan seperti ini berdalih bahawa faktanya sampai sekarang belum pernah terjadi dan akan terasa sulit terwujud perubahan mendasar dalam masyarakat walaupun proses itu sudah dijalankan. Perjuangan penerapan syariat Islam yang terwujud dalam sebuah institusi Negara Khilafah hingga saat ini belum berhasil.

Jika kita menelusuri hal ini secara lebih mendalam, kita akan melihat bahawa penyebab belum berhasilnya proses taghyir yang ada bukan bertumpu pada metodologi taghyir itu sendiri, namun pada pemikiran yang didukung, mahupun mereka yang mengusung perubahan tersebut.

Pertama, para pengusung perubahan berupaya melakukan perubahan namun berlandaskan pada pemikiran yang masih umum tanpa batasan yang jelas. Akibatnya, yang muncul adalah kekaburan dan pembiasan pemikiran. Pemikiran-pemikiran dasar yang dipakai hanya sekadar ‘jargon-jargon’ Islam yang umum, seperti; ajakan untuk melaksanakan syariat Islam secara kaffah tanpa diberikan penjelasan yang mendetail tentang apa itu syariat Islam, cakupan syariat Islam dan bagaimana mewujudkannya. Ketidakjelasan inilah yang kemudian menyebabkan masyarakat tidak tahu erti dan pemahaman
Islam yang sebenarnya. Oleh kerana itu, perlu didiskripsikan secara jelas pemikiran-pemikiran Islam yang hendak diserukan kepada masyarakat sehingga umat tidak terjebak dalam makna-makna umum semata.

Kedua, para pengusung perubahan tidak mengetahui thariqah (method) bagi penerapan fikrah (pemikiran)nya. Lebih parah lagi, fikrahnya diterapkan dengan cara-cara yang menunjukkan ketidaksiapan gerakan tersebut dan penuh dengan kesimpangsiuran. Kekurangtepatan thariqah yang dipakai seperti lebih memfokuskan pada aspek pendidikan, ekonomi, sosial dan aspek cabang lainnya menunjukkan bahawa para pengusung perubahan tidak mengetahui secara jernih akar permasalahannya dan method apa yang tepat; termasuk juga di dalamnya kekurangjelasan bagaimana mengimplementasikan syariat Islam dalam kehidupan sehari-hari.

Ketiga, para pengusung perubahan belum sepenuhnya mempunyai kesedaran akan pentingnya dakwah dan tidak terikat oleh ikatan yang benar. Mereka hanya bermodalkan semangat dan keikhlasan semata tanpa dibarengi dengan pemahaman yang benar tentang konsepsi Islam yang sahih dan bagaimana method penerapannya; termasuk juga penguatan akidah Islam yang dengan ini akan dijadikan sebagai kepemimpinan berfikir dan ideaologis serta pengikat yang kuat antara pengembang dakwah.

Faktor-faktor inilah yang patut dihalusi mengapa arus perubahan secara taghyiri tidak mengalami perubahan yang signifikan.

Taghyir dan Perjuangan Politik

Ada anggapan bahawa perjuangan melalui proses taghyir akan berlangsung lama, utopis dan berdarah-darah jika dibandingkan dengan perjuangan politik. Anggapan ini boleh dikatakan salah dalam menghuraikan logiknya. Sebab, pertama, taghyir adalah method yang dilakukan oleh Rasulullah saw tatkala hendak mengubah masyarakat jahiliah menjadi masyarakat islami. Oleh kerana itu, secara i‘tiqadi, kita harus yakin bahawa method inilah yang disyariatkan oleh Rasul. Apa yang dilakukan oleh Rasul tatkala mengubah masyarakat jahiliah menjadi masyarakat islami jauh dari anggapan yang ada. Perubahan yang terjadi tidak utopis bahkan secara faktual terjadi dan bersih sama sekali dari pertumpahan darah. Fakta Baiat Aqabah II menunjukkan hal tersebut. Dalam baiat tersebut justeru yang terjadi adalah penyerahan kekuasaan dari para pembesar kabilah-kabilah Madinah kepada Rasulullah. Mereka ikhlas dipimpin oleh Rasulullah dan rela untuk diatur sesuai dengan syariat Islam. Itulah fakta yang ada. Adapun peperangan yang terjadi setelah Rasul menjadi kepala negara, maka hal ini adalah pembahasan lain. sebab, keharusan negara memiliki tentara untuk mempertahankan kedaulatannya.

Kedua, lama atau tidaknya keberhasilan dakwah hanyalah milik Allah semata. Allah Yang Maha Tahu akan ketetapanNya. Kita tidak boleh menggunakan logik untuk menghitung-hitung berapa lama pertolongan Allah akan datang. Itu hanyalah semata-mata hak Allah. Yang dituntut oleh Allah hanyalah proses/usaha yang telah kita lakukan untuk melakukan proses perubahan. Bilakah usaha ini akan berhasil hanyalah milik Allah kerana itu termasuk ke dalam qadhaNya. Dan perubahan itu dilakukan Rasul dan para sahabatnya dalam waktu relatif tidak lama, hanya sekitar 13 tahun.

Perjuangan Islam di parlimen di negara ini sudah berlangsung sejak pemilu 1955, tapi belum berhasil, bahkan cenderung menurun. Sebabnya boleh jadi kerana faktor-faktor belum berhasilnya taghyir di atas. Atau terjadinya bias perjuangan lantaran keterlibatan dalam sistem dan tidak istiqomah dalam memperjuangkan Islam. Juga ada faktor penindasan secara sistemik oleh penguasa sistem sekular. Namun demikian perjuangan Islam di Parlimen–sebagai mana di luar parlimen–tidak boleh berhenti sebab menggantikan sistem sekular dengan sistem Islam adalah kewajipan hingga sistem warisan Rasulullah saw itu tertegak!

 
 
  Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11