Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11

BOOKMARK THIS PAGE   EMAIL WEBMASTER

 

Sama Tapi Tak Serupa
Oleh Osman Jailani

 

Bekas PM Malaysia telah menyarankan agar Dunia Arab menarik dana mereka yang dilaburkan di Amerika Syarikat dan gunakan "minyak" mereka sebagai senjata untuk memufliskan negara tersebut."

Walaupun cadangan Mahathir itu kelihatan 'hebat', tapi sebenarnya tidak praktikal. Amerika adalah tempat yang mungkin paling baik untuk orang Arab melaburkan wang mereka. Kalau tidak di situ, di mana lagi? Itulah pendapat yang terbanyak.

Minyak juga mungkin tidak dapat digunakan sebagai senjata, sebab Amerika adalah pengguna yang terbesar. Kalau tak dijual ke Amerika, hendak dijual ke mana pula? Tun Dr Mahathir... cakap banyak... Awat Malaysia tak buat dulu... bukan ke dia advisor Petronas. Dahlah tipah tertipu 22 tahun bang, tak kan tipah nak tertipu lagi. Tipah dah serik bang. Apa? Abang tak serik lagi ke???

Rais Yatim disejukbeku angkara 18? Lebih minang dari minang... Ni lah orangnya yang mendakwa orang Islam yang pakai jubah 'pakai serban sebagai lebih arab dari orang arab. Dia pun mendakwa tak salah permainan makyong, wayang kulit, puja pantai dengan Islam. Dia pun nak bawa balik kebudayaan Melayu (Hindu)supaya dibudayakan balik oleh orang melayu. Akan datang kita akan lihat balik adanya temasya mandi safar, bersanding secara besar-besaran, pengantin bertukar ganti pakaian dari pakaian melayu hingga pakaian Hindu, Cina, Jepun dan boleh juga tayang baju mandi, tepung tawar menghalau hanti iblis dan kalau ada kematian bolehlah buat kemah dari daun kelapa... Orang Minang pun dah campak jauh-jauh adat perpatih mereka yang bercanggah dengan Islam tapi hero budaya melayu ni nak perkenalkan balik budaya melayu Hindu tu dikalangan orang melayu islam... apakah kita nak balik ke zaman jahiliah... atau apakah ini Islam Hadhari???

Kes DSAI adalah sebagai contoh yang jelas, contoh yang dikorbankan untuk membuka mata rakyat Malaysia di mana letak duduknya sistem kehakiman kita, adakah awak sanggup sistem yang ada sekarang diwarisi ke anak cucu awak, ke nak tunggu benda ni kena kat diri sendiri, anak atau sedara mara baru nak celik??? Lebih baik anda pikir dengan tenang, mampukah dengan sistem yang cacat kita cuba untuk mengungkai permasaalah rumit negara??? Kes DSAI adalah sebab musabab yang tuhan nak tunjukkan jalan yang sebenar. Kalau kes yang sama terjadi kepada orang awam lain yang tidak dikenali rakyat akan senyapkan saja kerana bukan semua rakyat Malaysia tau rakyat yang malang tadi, setakat manalah sangat kalau sedara-mara simalang tadi yang cuba persoalkan sistem kehakiman kita, sudah tentu agar sukar untuk menarik kepercayaan rakyat terbanyak. Dari sinilah yang dikatakan pintu kebenaran sudah nampak, cuma terserah kepada hati nak masuk atau tidak.

Alkisah, maka tersebutlah sebuah negara bernama Antah-Berantah. Perdana Menterinya telah mengalami satu masalah besar. Kedudukannya diugut disebabkan oleh "bincana" - (Singapura dilanggar Todak.) Oleh sebab ugutan tentang kedudukannya, PM pun mencari helah bagaimana hendak menghapuskan budak yang cerdik itu. PM pun mengadakan suatu plot. Menteri-menteri yang lain pun mengangguk-angguk kepala mereka tanda akur. Sebab mereka pun tahu plot itu juga dapat membantu mereka dalam "salah laku" mereka. Budak yang cerdik itu pun dikatakan telah "menyula" salah seorang daripada budak suruhan istana. Budak suruhan itu mengaku ia telah disula "diliwat" sebab budak itu telah dijanjikan baksis kerana kerja cemerlang, gemilang dan terbilangnya. Kini budak yang cerdik itu dikenakan hukuman yang berat - dihumban ke Sungai Buloh.

Mahkamah dan hakim-hakim yang ada sekarang ini adalah terdiri daripada orang-orang suruhan UMNO/BN. Bukan mereka menjalankan tanggungjawab untuk membetulkan yang salah, tetapi mereka menjalankan tugas untuk menjadikan yang salah supaya menjadi benar, sebenar-benarnya dan memaksa rakyat menerimanya dengan memutarbelitkan fakta melalui media massa yang mereka miliki. Mereka sembunyikan fakta yang sebenar dari pengetahuan rakyat. Rakyat yang tidak peka dengan taktik kelentungan UMNO/BN ini akan terus percaya.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) adalah dibawah bidangkuasa UMNO cawangan? Sehinggakan mesyuarat JKKK tidak dijemput semua penduduk setempat untuk memilih AJK dan sebagainya. Ianya dipengerusikan oleh Ketua UMNO cawangan dan hanya memanggil semua AJK dalam pentadbiran UMNO (Wanita, Puteri, Pemuda dan lain lain) Yang dilantik pula adalah semua dikalangan orang kuat UMNO.

Biasanya memang begitu bila UMNO di sesuatu tempat tu kuat dan hampir semua penduduk kampung itu menjadi ahli UMNO. Jadi Ketua UMNO akan jadi Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK. Kan bagus begitu? Dengan begitu, penduduk kampung bersatu dan tidak berpecah belah. Pengaruh parti pembangkang pula boleh disekat dengan mudah. Kalau mereka nak buat ceramah, misalnya, tentu tak boleh buat dengan bebas.

Inilah yang dinamakan politik kampung (Melayu) - kuasa tidak boleh keluar ke mana-mana. Ahli-ahli yang lain ketika menghadiri majlis atau mesyuarat, mereka akan mengangguk-anggukkan kepala tanda akur bukan faham apa yang diperkatakan. Habis mesyuarat barulah kedengaran huhahuha dan siaplah dengan temberang dan fitnah. Begitulah juga dalam Mesyuarat Agung UMNO. Ketua kata tidak ada pilihan pada jawatan tinggi agar perpecahan tidak berlaku- yang lain anggukkan kepala- tanda akur. Bukan faham apa itu demokrasi. Habis "Pilihan" baru sedar. Orang kata demokrasi ia kata demokrasi. Apa itu demokrasi- haram tak mengerti. Ada yang pandai sedikit kata,"Lihat setiap lima tahun ada "General Election" Bagaimana dengan keadaan kemasyarakatan, kenegerian, kenegaraan, kepolisan, kemahkamahan, - Kita ikut sistem British. - Betulkah? APA NAK JADI? Nasib melayu, angguk aje, terlalu taksub pada ketua yang menipu belake, parti angguk-angguk jelah.

Welkome Malaysia Boleh... anda semua telah menjadi sama seperti Singapore... with a secular & authocratic government... the difference is Malaysia with a Malay majority and Singapore with a Chinese majority. Dan persamaannya pula... Orang cina tetap memegang kuasa ekonomi... dan melayu??? Tetap tak pandai-pandai dan hanya ingin mencari jalan pintas & cepat...nak apa...??? Sebagaimana rakyat Singapura yang menjadi tikus putih sepanjang hayatnya begitu jugalah nanti rakyat Malaysia... dalam setahun dua ini pasti konfirm... menjadi tikus putih juga...!

 
 
  Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11