| BOOKMARK THIS PAGE |
|
|
|
|
||
|
MP Kuala Selangor tuduh ahli
Umno bapa ayam pemelihara pelacur |
||
|
|
||
|
Kemarahan yang membuak-buak mendorong Ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Selangor Datuk Mohd Daud Tarihep memaki hamun sesuka hati Ketua-ketua Cawangan, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di dalam satu perjumpaan di Dewan Kompleks Umno Bahagian baru-baru ini. Difahamkan perjumpaan tersebut buat secara tergesa-gesa akibatnya ramai ketua-ketua cawangan, pemuda, wanita dan Puteri tidak dapat hadir. Walaupun kehadiran mereka yang terlibat sedikit sahaja tetapi kesempatan tersebut tersebut digunakan secukup-cukupnya oleh Daud untuk menyalak macam anjing gila. Sehari sebelum perjumpaan itu yaani pada 29 Mei, Dato Daud telah mengadakan majlis “Pucuk Sama Digentas, Bunga Sama Disunting” di Kompleks Umno Bahagian Kuala Selangor sempena kesyukuran kemenangan beliau sebagai MP Kuala Selangor pada p/raya umum lalu. Majlis yang turut sama dihadiri oleh TS Mohammad Mohd Taib Naib Presiden Umno sebagai tetamu jemputan itu mendapat sambutan yang begitu dingin dikalangan ahli-ahli Umno. Kalaulah tidak ahli-ahli MIC yang meramaikannya nescaya ia tak lebih daripada majlis kendhuri arwah sahaja. Dimajlis tersebut Dato Daud tanpa sebarang malu telah merayu supaya jawatan penting yang disandang oleh wakil-wakil rakyat dikekalkan iaitu. beliau selaku Ketua Penaja, Ustaz Sayuti Adun Bkt.Melawti selaku Timbalan dan YB Amiruddin sebagai Naib Ketua Penaja. Dimasa yang sama Daud juga cuba memancing sokongan Mat Taib untuk mengesahkan cadangannya itu, tetapi Naib Presiden Umno itu tidak melayan langsung kehendak Daud. Mat Taib hanya berucap disekitar slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sahaja. Menyedari majlis kesyukuran yang dianjurkannya gagal mencapai matlamat dan atas nasihat beberapa orang kaki busuknya, satu perjumpaan susulan yang melibatkan ketua-ketua cawangan, pemuda, wanita dan Puteri diadakan keesokan harinya. Didalam perjumpaan itulah Daud menuduh mereka yang hadir sebagai bapa ayam yang memelihara pelacur politik untuk menghuruharakan Umno Bahagian Kuala Selangor. Kata Daud penuh angkuh dan marah: “Mula-mula lagakan saya dengan Ustaz Sayuti, kemudian dengan Amiruddin sedangkan kita mahukan jawatan-jawatan penting tidak ditandingi. Sifat orang yang begitu sama seperti bapa ayam yang memelihara pelacur politik.” Tidak tahan dengan sumpah seranah dan maki hamun Daud itu YB Amiruddin terpaksa bangun untuk menyangkal tuduhan melulu MP Kuala Selangor itu. Keberanian Amiruddin membuatkan telur Daud agak tersentak. Seorang ketua cawangan dari Dun Bukit Melawati berkata: “YB Daud buat macam itu, marah sana, marah sini bukan kerana nak memantapkan Umno Bahagian tetapi nak memastikan dirinya selamat tidak dilawan sebagai Ketua Bahagian. Kalau perangai macam budak-budak marah tak tentu fasal siapa yang mahu memilih dia jadi ketua. Lagi pun ini demokrasi…tiada siapa pun boleh memaksa kita memilih dia.” Sementara itu seorang pemimpin pemuda bahagian turut bersetuju dengan pandangan ketua cawangan tersebut: “YB Daud tak seharusnya melatah kerana setakat ini tidak ada pun resolusi dibuat untuk mengekalkan jawatan-jawatan penting kepada wakil rakyat. Kalau diperingkat MT pun sudah ada suara supaya semua jawatan dipertandingkan secara terbuka inikan pula diperingkat bahagian. Jadi Daud jangan nak berlagak lebih sudu daripada kuah.” Seorang lagi ketua cawangan yang merupakan bekas penyokong kuat Dato Abu Hassan pula berkata memulangkan paku buah keras: “Sebenarnya apa yang dibuat oleh orang-orang tertentu di Kuala Selangor sikit sebanyak berkempen untuk mencabar Daud sekarang ini, adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan keganasan Daud ketika dia dan kuncu-kuncunya menentang Abu Hassan dulu. Rasakanlah…….itu baru kecil, macamana kalau bekas-bekas kuncunya itu turut sama melanyaknya nanti…mampus dia.” Difahamkan juga kaki busuk Daud kini sudah mula merayap ke cawangan-cawangan untuk menunjukkan bagak memberi amaran dan membuat ugutan agar tiada siapa pun yang mencalonkan selain Daud sebagai Ketua Bahagian pada mesyuarat agung cawangan yang akan bermula minggu depan. Kata mereka; “Kalau ada cawangan yang berani melawan Daud, peruntukan wakil rakyat akan disekat dan cawangan itu akan disenaraihitamkan sampai bila-bila.” Adakah ketua-ketua cawangan yang diugut itu akan undur kebelakang? Masih terlalu awal untuk diramalkan, walau apa pun berdasarkan senario politik yang berlaku siapa sahaja yang dicalonkan menentang Daud sebagai Ketua Bahagian akan berpeluang cerah untuk menang dengan syarat penentang-penentang Daud mesti bersatu dan isunya pun mesti jelas. Nampaknya 4 orang bomoh Indon yang diupah oleh Daud untuk berkhidmat dengan dia dimusim-musim kempen bahagian ini tidak lah begitu mujarab lagi. Kemana lagi Nadmilail Bendahari Umno Bahagian juga selaku `Pengerusi Biro Bomoh` akan mencari bomoh yang lebih power, mungkin akan ke Kalimantan untuk menyewa khidmat bomoh dayak di sana. Isu skandal Daud dengan Aziefah Timbalan Ketua Puteri belum lagi reda…tiba-tiba kini sudah kedengaran pula gossip dengan seorang wanita jelita yang sedang di dalam proses percerian dengan suaminya. Betul kah Dato Daud ……….hantam sajalah!!! cikgupencen@gurusara |
||
| Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11 | ||