Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11

BOOKMARK THIS PAGE   EMAIL WEBMASTER

 

Lawan Ketua Bahagian K.Selangor: Sumpah Adun Jeram diragui?
Oleh Pendekarnusa

 

Saya akan mengulas pergolakan politik dalaman Umno Bahagian Kuala Selangor yang akan memulakan mesyuarat agung cawangan-cawangan pada minggu depan.

Selama ini saya lihat hanya penulis siber Cikgu Pencen yang agak aktif mendedahkan kepincangan yang berlaku khususnya melibatkan Ketua Penaja Bahagian juga selaku YB Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Daud Tarihep, Sekarang tibalah pula giliran saya.

Tiada agenda yang lebih penting untuk diulas melainkan pemilihan AJK Bahagian untuk sesi 2004 –2007 khususnya yang melibatkan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua.

Umno Bahagian Kuala Selangor adalah salah satu dari dua atau tiga bahagian di Selangor yang paling hangat politikingnya sejak dulu lagi. Ketua penajanya Datuk Mohd Daud Tarihep berada pasa situasai yang amat meruncing untuk tidak disahkan sebagai Ketua Bahagian pada persidangan perwakilan bahagian yang dijadualkan pertengahan Julai ini.

Gara-gara politically overdosed (gelojoh dan mengamalkan politik cantas) Daud sudah lama dipinggirkan oleh kebanyakan pemimpin Umno di peringkat bahagian dan cawangan. Bukan itu sahaja malah di peringkat negeri hanya segelintir sahaja yang berkenan dengan tindak tanduk beliau .

MB DS Dr Mohd Khir bin Toyo sendiri difahamkan amat tidak mersa selesa dengan Daud meskipun kemenangan Daud sebagai Ketua Bahagian menewaskan dua orang pencabar iaitu Dato Hanafi Suliman dan Hj Jahaya Ibrahim pada pemilihan 2001 lalu adalah kerana pertolongan beliau. Ertinya disisi Dr Khir menolong Daud adalah umpama melepaskan anjing tersepit.

Dalam suasana serba gelap yang menguasai jalur politik Daud itu maka persepsi umum di Kuala Selangor merumuskan bahawa siapa sahaja tokoh yang bersedia menentang Daud sebagai Ketua Bahagian, peluang untuk menewaskannya adalah cerah.

Didorong oleh persepsi tersebut muncul beberapa tokoh yang menawarkan diri diantaranya Ustaz Hj Mohd Sayuti Said Adun Bkt Melawati, Amiruddin Sutero Adun Jeram dan Hj Jahaya Ibrahim salah seorang bekas pencabar Daud 2001 dulu.

Secara ringkasnya mereka yang menawarkan diri itu mendakwa masing-masing ada alasan tersendiri.

Ustaz Sayuti mendakwa dirinya adalah mangsa buli Daud disepanjang beliau menjadi Timbalan Ketua Umno Bahagian dan Ahli Parlimen Kuala Selangor 1999 – 2004. Ketika itu Daud hanya berjawatan Ketua Bahagian sahaja namun lagaknya mengalahkan MB.

Menurut Sayuti karier politiknya hampir-hampir lenyap jika beliau tidak dicalonkan sebagai Adun Bukit Melawati oleh pucuk pimpinan gara-gara Daud telah merampas kerusi Parlimen Kuala Selangor yang sepatutnya dikekalkan untuk penggal kedua kepada nya. Lebih menusuk hati sebaik-baik sahaja Sayuti memenangi kerusi Dun Bukit Melawati pada p/raya umum lepas, Daud selaku Ahli Parlimen tidak mengizinkan (menghalang) Sayuti menggunakan sebahagian ruang di pejabat Umno Bahgian sebagai pejabat Adun Bkt Melawati.

Hj Jahaya pula memberikan alasan yang agak kukuh juga yaani dia akan tetap di singkirkan oleh Daud sama ada melawan atau pun tidak.

Sebagai orang yang pernah berada di dalam satu kem dengan Daud pada tahun 80an dulu, Hj Jahaya cukup faham sifat pendendam dan ganas Daud. Kata Hj Jahaya: “Kalau saya tak lawan, Daud tetap akan mencatas saya oleh itu lebih baik saya lawan kalau kalah biasa, kalau menang luarbiasa!”

Amiruddin Sutero Adun Jeram juga turut memberikan alasan bahawa beliau juga pernah dibuli oleh Daud ketika memegang jawatan Naib Ketua Bahagian dari 2001-2004. Menurut Amiruddin lagi matlamatnya untuk mencabar Daud adalah bagi memulihkan keutuhan Umno bahagian.

Apa pun dikalangan ketiga-tiga yang menawarkan diri itu, Amiruddin dilihat begitu ghairah untuk pergi meskipun beliau adalah yang termuda diantara mereka. Sayuti 56 tahun, Hj Jahaya 51 tahun sedangkan Amiruddin baru menjangkau usia 44.

Sementelah Amiruddin adalah Naib Ketua sedangkan Sayuti Timbalan Ketua. Kalau mengikut adab politik Ustaz Sayuti yang lebih patut berdepan dengan Daud.

Pada peringkat awal Ustaz Sayuti sudah pun menyatakan kesediaaannya untuk bertempur dengan Daud walaupun `orang-orang` Amiruddin yang dikepalai oleh Ishak Harun Ketua Cawangan Api-Api cuba memperlekeh-lekehkan kemampuan Sayuti; mengandaikan Sayuti akan menarik diri disaat akhir untuk memberi kemenangan percuma kepada Daud.

Walaupun Sayuti berkeras menafikan andaian tersebut namun akhirnya beliau terpaksa akur untuk tidak meneruskan hasratnya apabila Amiruddin mendakwa mendapat restu daripada MB. Soal sama ada restu itu benar-benar wujud tidak dapat dipastikan tetapi yang nyata sesudah itu Ustaz Sayuti seolah-olah sudah tidak mahu berganjak daripada pencalonan untuk kerusi Timbalan Ketua sahaja.

Mungkin restu itu benar-benar wujud tetapi tidaklah sampai ketahap menyediakan setting secara khusus siapa No 1, No 2 dan No 3. Mungkin MB sekadar menghantar isyarat: “Kalau nak buat perubahan di Kuala Selangor kamu Ustaz Sayuti,  Amiruddin, Hj Jahaya dan siapa saja berpakatlah baik-baik, jangan sampai bergaduh.”

Di sinilah kelemahan Amiruddin mula terserlah. Selaku tokoh yang masih muda beliau tidak perlu begitu gelojoh untuk merebut peluang yang terbuka luas. Kem Daud akan memainkan isu bahawa Amiruddin sebagai orang yang rakus dan tak sabar-sabar untuk menjadi Ketua Bahagian walaupun terpaksa melangkahi kepala Ustaz Sayuti yang lebih senior dari segi umur dan penglibatan politik..

Tambah memalukan kalau isu Amiruddin direstui oleh MB dieksploitasi; Amiruddin akan digambarkan sebagai pemimpin yang tidak punya kekuatan diri kerana mengharapkan pergantungan orang atas. Untung rugi politik boleh berubah sekelip mata ditakdirkan orang atas tiba-tiba terjun tak bertangga dimana pula tangan nak digayutkan?

Seperkara lagi yang tak kurang hebat diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin Umno peringkat cawangan adalah mereka sendiri kurang yakin bahawa Amiruddin punyai daya tahan yang kental untuk berdepan dengan muslihat dan karenah Daud. “Kalau orang Amiruddin kata Ustaz Sayuti akan tarik diri jika dicalonkan sebagai ketua untuk menentang Daud, apa pula jaminan Amiruddin tidak akan melakukan perkara yang sama kerana stail politik beliau selama ini adalah `play-safe` bukan politik menentang arus.”

Walaupun Amiruddin difahamkan telah bersumpah dengan kalimah `Wallahi` di hadapan Ustaz Sayuti dan Hj Jahaya bahawa beliau tidak akan menarik jika dicalonkan menentang Daud namum apakah `bersumpah` itu termasuk di dalam rukun orang-orang politik.

Lagipun apa perlunya Amiruddin bersumpah sekiranya jiwa beliau benar-benar mantap dan kukuh. Beliau hanya perlu meyakinkan Hj Jahaya dan Ustaz Sayuti tanpa perlu bersumpah. Kalau untuk meyakinkan rakan-rakan pun terpaksa bersumpah ertinya awal-awal lagi kelemahan Amiruddin sudah dapat dikesan.

Untuk menjadi ketua yang tulen sebenarnya sesorang itu tak perlu bersumpah bagi meyakinkan rakan dan anak buah. Dia seharusnya memiliki bakat untuk meyakinkan orang lain bahawa dia lebih hebat daripada mereka. Nampaknya Amiruddin belum lagi memiliki bakat tersebut.

Lagi pun terlalu banyak orang-orang politik yang bersumpah namun akhirnya semua dihumban ke dalam tong sampah.

Akhirnya walaupun persepsi umum merumuskan YB Datuk Daud Tarihep itu amat mudah untuk ditewaskan tetapi disebabkan` kekuatan para penentangnya` yang longgar disana sini maka tidak mustahil Daud akan tetap kekal sebagai Ketua Bahagian untuk menyempurnakan agenda politik overdosednya. Adakah kamu semua akan selamat jika itu terjadi?


Pendekarnusa

 
  Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11