| BOOKMARK THIS PAGE |
|
|
|
|
||
|
Imam Hadhari
memperlekehkan umat Islam Pattani |
||
|
|
||
|
Andaian Imam Hadhari disanggah oleh Siam Pengasas `mazhab` Hadhari - Imam Dolah Endon dilihat menggunakan pendekatan Islam sederhana ciptaannya apabila menawarkan tempat perlindungan sementara di bumi Malaysia kepada umat Islam di empat wilayah Selatan Thailand yang kini sedang dilanda krisis. Ternyata kesederhanaan mazhab Hadhari yang cuba ditonjolkan oleh Imam yang amat terkenal dengan penipuan total didalam p/raya umum Malaysia kesebelas baru-baru ini, disanggah oleh pihak berkuasa Thailand apabila Bangkok menegaskan bahawa mereka masih mampu mengawal keselamatan di wilayah berkenaan. Ertinya Thailand mahu meyakinkan Malaysia bahawa tidak akan berlaku sebarang perpindahan (pelarian) rakyatnya beramai-ramai dari wilayah tersebut menyeberangi sempadan seperti yang diimiginasikan oleh Dolah. Menyedari cadangan bodohnya tidak diendahkan oleh Siam ,Dolah cuba menutup kemaluannya dengan alasan bahawa beliau membuat andaian bahawa akan berlaku kebanjiran pelarian ke negara ini sepertimana kebiasaan yang terjadi di negara-negara lain apabila insiden seumpama itu berlaku. Akibat daripada andaian (angan-angan) kosong itu bukan sahaja kerajaan Siam bahkan rakyat Malaysia sendiri meragui kecerdikan Dolah. Umat Islam Pattani Bukan Penganut Islam Hadhari Imam penipu itu ketika membuat andaian mungkin menyamakan kefahaman dan keimanan umat Islam di empat wilayah Selatan Thailand itu sama dengan penganut Islam Hadhari Umno. Bagi Hadhariyyun Umno jihad dan mempertahankan maruah umat tidak penting,yang diutamakan adalah pembangunan dan projek – tak kira Iman dan Islam melayang asalkan perut kenyang. Imam penipu itu tersilap besar ! umat Islam di Patani,Narathiwat,Yala dan Songkhla (Senggora) di dalam wilayah Gagasan Pattani Raya masih kuat iman dan semangat jihad mereka. Meskipun hampir satu abad ditakluk oleh Siam, umat Islam disana masih belum dapat ditundukkan sepenuhnya oleh kuasa penjajah itu. Umat Islam Pattani lebih rela mati di bumi mereka sendiri daripada hidup menumpang di tanah orang lain. Seperkara yang harus diperhatikan oleh seluruh umat Islam ialah rencana jahat sebahagian daripada pencatur politik di Bangkok yang sememangnya mahukan umat Islam di selatan negara itu lari meninggalkan kampong halaman mereka. Jika niat jahat mereka itu tercapai sudah tentu hasrat mereka untuk membaham hasil bumi termasuk petroleum dan gas di wilayah berkenaan akan lebih mudah dilaksanakan. Umat Islam Pattani menuntut supaya wilayah mereka dibangunkan dengan mengutamakan pembangunan yang tidak menjejaskan kepentingan mereka lebih-lebih lagi kehidupan beragama. Manakala puak ultra nasionalis di Bangkok mahukan wilayah berkenaan dibangunkan sebagai kawasan pelancungan menurut versi mereka.Dengan hasil bumi yang sedang menanti untuk digali semuanya boleh dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Mereka sedar jika niat puak ultra nasionalis itu tidak dihalang,sudah pasti wilayah tersebut akan bertukar wajah sebagai wilayah sejuta maksiat,akibatnya kelak akan mengancam survival umat Islam di sana. Begitu pandangan umum umat Islam Pattani yang masih menghormati pihak berkuasa di Bangkok. Manakala pendirian PULO ( Pattani United Liberation Organisation) pula lebih jelas dan tegas.Agenda kemerdekaan daripada penjajah Siam tidak pernah digugurkan. Gagasan Pattani Raya tetap diperjuangkan dan matlamat untuk meneggakkan Syari` at Islam tetap menjadi idaman. Ertinya jihad mereka masih berterusan meskipun pada sekitar awal 90 `an gerakan itu hampir-hapir berjaya dilumpuhkan oleh penjajah Siam. Mungkinkah Imam Hadhari berpakat dengan Tok Cha Hadhari? Kalau diperhatikan sanggahan Siam yang menolak cadangan Imam Hadhari tadi,seolah-olah memang wujud percanggahan pendapat diantara Dolah - Shinawatra. Tetapi sesetengah penganalisis politik termasuk dari selatan Thai sendiri mengandaikan (ini bukan andaian bodoh) bahawa memang terdapat permaufakatan diantara Imam Hadhari Dolah dengan Tok Cha Hadhari Shinawatra untuk menzalimi umat Islam Pattani. Cuba para pembaca fikirkan,insiden penyembelihan (pembunuhan) lebih seratus orang belia Islam di Selatan Thai baru-baru ini berlaku kira-kira dua minggu selepas kunjungan Shinawatra ke Kuala Lumpur konon untuk menyelesaikan pelbagai isu yang disepakati bersama oleh kedua negara khususnya pembanterasan teroris. Kebetulan ketika rundingan itu dijalankan,lima orang anggota tentera Malaysia empat berpangkat sarjan dan seorang korperal berada didalam tawanan Siam. Walaupun sudah dibebaskan namun hingga ke saat ini Dolah-Najib masih gagal untuk menjelaskan kepada rakyat bagaimanakah kelima-lima anggota tentera yang berpengalaman itu begitu mudah tersesat ke wilayah Siam. Dolah mungkin sengaja melontarkan idea membuka pusat penempatan disempadan bagi menampung pelarian sebagai rangsangan agar umat Islam Pattani meninggalkan negeri mereka untuk memudahkan laluan kepada puak ultra nasionalis Siam menjayakan niat jahat mereka di wilayah yang kaya dengan hasil bumi itu. Pihak ultra nasionalis Siam pula terpaksa berlakon konon menolak cadangan Dolah itu untuk seketika sementara mereka mengatur beberapa siri keganasan lagi bagi membolehkan umat Islam Pattani tiada pilihan kecuali lari menyeberangi sempadan. Tidak mustahil konspirasi ini adalah sebahagian daripada persetujuan yang telah dicapai didalam perundingan diantara Imam Hadhari Dolah dan Tok Cha Hadhari Shinawatra baru-baru ini. Siapa tahu kalau Shinawatra menjanjikan supaya sebahagian daripada usaha untuk mencari gali petroleum dan gas di wilayah selatan Thai yang bergolak itu kelak di serah kepada Petronas yang kini dinasihati oleh Tun Kepala Taik Mahathir. Mazhab Hadhari mengharuskan apa sahaja demi projek ! Tak salah mengkhianati sesama umat Islam asalkan hasil masuk! Kalau inilah rencana Dolah-Shinawatra marilah sama-sama kita mendoakan agar kedua-duanya berserta pengikut mereka jahanam dilaknat Allah swt secepat mungkin. Amiiin!
Inderaloka. |
||
| Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11 | ||