| BOOKMARK THIS PAGE |
|
|
|
|
||
|
Yang
Terindah Dalam Kemerapuan Politik |
||
|
|
||
|
Dalam masa terdekat ini,
beras, tepung beras, gula & susu manis akan naik harga dari 5% ke 30%.
Maklum sudah! Jangka pun sudah! Inilah kesukaran yang tak dapat kita hindari!
Apakan daya!!! NAIK PUN APA NAK BUAT DAH PILIHAN RAKYAT BERSAMA-SAMA
PEMIMPIN UMNO - TRADISI MEMBELA RAKYAT ASING SAJA. Kerajaan mesra rakyat
atau kerajaan mendera rakyat... cakap tak serupa bikin asyik tambah beban!!!
Sebelum ini sudah berbuih mulut mulut para pemimpin dari PAS/BA memberi
ingatan, tetapi malang kerana jenis melayu yang mudah lupa dan mudah
termakan dengan racun yang di salut madu pemberian/janji puak pemimpin umno/bn
yang mengakibatkan kesemua rakyat Malaysia terpaksa menerima/memikul segala
beban yang dilontarkan. Dari itu jangan lah mengeluh. Kalau mengeluh pun
bila tiba tahun 2008/2009 melayu yang mudah lupa tak kan berubah ke lambang
lain selain dari lambang dacing Baghdad.
Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara bersedia menghadapi sekurang-kurangnya
34 petisyen yang difailkan berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-11 yang
lalu. Tarikh akhir memfailkan petisyen pilihan raya ialah Selasa ini dan
sejak keputusan pilihan raya diwartakan pada 12 April lalu, 34 petisyen
sudah difailkan di Mahkamah Tinggi. Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan
Omar, berkata jumlah sebenar petisyen yang dikemukakan hanya dapat diketahui
selepas tempoh 21 hari berakhir. “Kami memang bersedia menghadapi perkara
ini dan Jabatan Peguam Negara sedang membuat persiapan untuk mewakili SPR
dalam urusan berkenaan,” katanya. Wan Ahmad berkata, pihaknya menjangkakan
kira-kira 70 peratus daripada petisyen yang difailkan itu membabitkan calon
yang menang seperti mendakwa wujud unsur rasuah dan salah laku ketika
berkempen. Menurutnya, pihak yang mahu membuat petisyen perlu mempunyai
alasan yang kuat kerana badan itu yakin pihaknya telah mengendalikan pilihan
raya mengikut peruntukan undang-undang. Katanya, kekecohan yang berlaku di
sesetengah tempat bukan berpunca akibat pelanggaran undang-undang,
sebaliknya lebih kepada aspek pentadbiran dan tatacara pengurusan. Muhammad Nasaruddin berkata, akibat serangan itu, beliau terjatuh dan ditolak lelaki berkenaan ke tiang kedai hingga menyebabkan kepalanya hampir berlanggar pasu bunga di situ. Bagaimanapun, katanya, beliau bernasib baik kerana diselamatkan beberapa rakannya sebelum dipapah keluar dari kedai berkenaan. "Akibat kejadian itu, saya mengalami lebam pada muka selain bengkak pada bahagian rahang mulut serta tangan kiri dan terpaksa dirawat di HKL. Saya juga sudah membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Jalan Bandar," katanya. Muhammad Nasaruddin yang kesal dengan kejadian itu mendakwa, lelaki yang menyerangnya itu adalah bekas anggota polis dan kini terbabit dengan kegiatan pembalakan. "Dia sebelum ini memang gemar menyimbah ahli politik dengan air sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hati. Malangnya ramai mangsa tidak berani melawan kerana tubuhnya yang besar. Saya benar-benar kecewa dengan tindakan lelaki itu yang keterlaluan dan tidak memperlihatkan sikapnya sebagai ahli Jaksa Pendamai," katanya. Beginilah samseng-samseng amno bergasak... dah puas tipu orang bergasak sama sendiri. Berita tersebut merupakan satu gambaran yang jelas siapa sebenarnya kebanyakan ahli-ahli umno terutama sayap pemudanya. Situasi demikian kerap mereka pertontonkan pada setiap pilihan raya tambah-tambah lagi bila sesuatu pilihan raya kecil di adakan. Kepada yang di katakan sebagai seorang bekas polis, pengusaha balak, berbadan besar dan mempunyai gelaran JP, selayak nya gelaran tersebut di terjemahkan sebagai JAKUN PENDALAMAN, JEMBALANG PEROSAK dan apa lagi yang sewaktu dengannya. YANG TERINDAH DALAM
KEMERAPUAN POLITIK Yang terindah dalam
kemerapuan politik Jadilah nanti
penyair Yang terindah dalam
kemerapuan politik Malaikat Roqib dan
Atid RAMLI ABDUL RAHIM
Manusia di dunia ini memang bersandiwara. Dan sandiwara kita akan Allah hisab di yaumil Mahsyar. Di sana baru tahu mana yang original dan mana yang palsu. Ikhlas bukan di bibir dan manis tetapi di hati. Hanya Allah yang tahu apa yang berdetik di setiap hati makhluk-NYA. |
||
| Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11 | ||